Saturday 31 December 2011

Kal Ho Na Ho.....

sebelum mata terlena

Sebelum mata terlena 
Di buaian malam gelita 
Tafakurku di pembaringan 
Mengenangkan nasib diri 

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa 
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti 
Membawa dosa yang menggunung tinggi 
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu 

Agar terlerai kesangsian hati ini 
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini 

Sebelum mata terlena 
Dengarlah rintihan hati ini 
Tuhan beratnya dosa ku 
Tak daya ku pikul sendiri 

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu 
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu 
Andainya esok bukan milik ku lagi 
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi 

Sebnelum berangkat ke daerah sana 
Lepaskan beban ini 
Yang mencengkam jiwa dan raga ku 

Selimut diri ku 
Dengan sutra kasih sayang Mu 
Agar lena nanti ku mimpikan 
Syurga yang indah abadi 

Pabila ku terjaga 
Dapat lagi ku rasai 
Betapa harumnya 
Wangian syurga firdausi oh Ilahi 

Disepertiga malam 
Sujud ku menghambakan diri 
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu






just deactivated fb...
wallahua'lam...

Wednesday 28 December 2011

.Saratkan Hati Ini Dgn Cinta Hakiki.

~atas nama cinta~


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya


"Cinta sesama manusia itu adalah fitrah kerana memang Hawa diciptakan daripada Adam dan keduanya saling memerlukan. Allah jadikan Adam dan Hawa cenderung antara satu sama lain kerana itulah fitrah cinta. Awak perlu faham bahawa saya bercakap tentang cinta dalam konteks kita yang masih belajar dan cinta Allah menuntut kita supaya cinta pada ilmu dan tanggungjawab lebih daripada cinta pada lelaki. Kita masih belum bergelar isteri, so tak perlu lagi ada cinta lelaki dalam diri. Cinta pada lelaki hanya khusus dan istimewa untuk lelaki bernama suami sahaja. Andainya kita dah saling menyukai dengan seseorang, tahanlah dulu perasaan tu untuk situasi masih belum bersedia seperti sekarang ni. Bergantunglah harapan itu pada Allah. Luahkanlah rasa cinta apabila kita dah betul-betul bersedia untuk walimah. Barulah banyak pintu syaitan tertutup. Sucinya cinta kita kalau dijaga sedemikian rapi kerana tiada unsur kelalaian dari cinta Allah. Inilah sebenarnya cinta kerana Allah. Moga-moga Allah anugerahkan pula seorang lelaki yang turut dicintai-Nya. Lelaki yang mampu membimbing kita yang lemah ni ke jalan yang lebih Allah redhai dan mampu mengemudi bahtera rumahtangga menuju ke negeri abadi,”
-Khazinatul Asrar,Seindah Mawar Berduri


hmm...
wallahua'lam.



Tuesday 13 December 2011

hati=taman??

erm.....apa sebenarnya maksud dlm hati ada taman??


pakcik google translate kata dlm hati ada tmn --> 'the heart is garden'


adakah dia maksudkn yg ini?




ya!!! ana tahu...pastinya yg ni!
 ^_^" ???

salah eh?? k la..jom tanya Allah!

Firman Allah :
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya,” (Qaf: 16)
oo...
Dalam hati kita mesti ada taman
Baru hati kita akan tenang,
Bukan taman larangan
Tapi taman yang sentiasa inginkan kedamaian, 
Biarlah taman di hati kita taman yang dipenuhi Nur Islam






ni baru betul!

feel free to read






Taman Hati

Album : Denting Hati
Munsyid : Denting Hati
http://liriknasyid.com




Inilah hati, Taman Illahi
Tempat mengadu setiap insan
Tambatan jiwa, Pelipur Lara
Mahligai Allah Menemui Hamba-Nya


Disaat gundah gulana hati
Sebut nama-Nya tentramlah jiwa
Allah kan murka bila hamba-Nya
Memagar hati bermaksiat pada-Nya


Aduhai malangnya bila kita tak kuasa
mengenal sifatnya selalu berubah-ubah
Bila saja kita dapat telusurinya
Pastilah Allah akan menolongnya


Duhai hati, taman Illahi
Tempat hamba mengadu sedih
Malang hati pastikan mati
Bila tak jua dikunjungi




'Ujian itu ibarat mendung yang hadir bersamanya hujan. Qalbi(hati ) pula ibarat taman bunga yang indah dihati kita. Tatkala sang mentari memancarkan sinarnya, bunga-bunga kelihatan ceria. Namun, sekiranya berlanjutan tanpa sedikit pun air, maka akan layulah bunga. Oleh itu, hadirnya mendung boleh menyuburkan bunga-bunga tersebut. Selepas mendung menamatkan tugasnya, Allah SWT turunkan pula hujan dan hiaskan taman kita dengan pelangi yang indah nan bersemi.' - iluvislam.com




now i understand, thnks Allah!




wallahua'lam ....






*serious ana x pndai menulis blog, jdi semuanya right click 'copy' dan right click 'paste'..asif..:)