Monday 7 November 2016

Assalamualaikum, as promised a looooong time ago, I should post a proper blog entry. 
Here you go.

...

Ups and down hidup. Setiap fasa hidup kita, ada ups and down yang tanpa kita sedar, kita dah berjaya laluinya dengan sangat cool ๐Ÿ˜Ž. Tak percaya? Ce ingat balik dulu-duluuu....

TADIKA

Sebab tadika kat UK, so masa ni adalah masa paling susah sekali sbb kena berhadapan dengan non muslim, tiap2 hari fikir cane nak revertkan diaorg. Ok tipu.๐Ÿ™„

Walaupun memori masa ni tak berapa clear sangat, tapi masih ingat satu kenangan dimana saya rebel menjadi seorang Muslim. Haha.

Setiap hari mama pimpin tangan ke sekolah, pakai tudung molek, solehah je. Saat dilepaskan tangan je, mama not in the sight, bertukar!! Dari solehah, jadi 'soleh'๐Ÿ˜…. Dasyat kan? Haha. Yelah rimas kot kena pakai tudung masa main pasir, buat sandcastle, main kejar2 (tadika sana tak belajar pun, main senantiasa). 

Masa tu, apa2 yang mengganggu 'keseronokan' kita, kita kena 'hapus'kan ๐Ÿ˜ˆ. Bila mama datang pickup, terus transform dari 'ikhwah' kepada 'akhawat'. Apa susah? Bukannya mama tahu pun.

Ok, mestilah kantoi, ini bukan drama happy ending.๐Ÿ™„ Kantoi dengan mama masa form 1 kat sini. Mama kata, 'ooo ini kerja kakak tiap2 hari'. Too late ma, too late๐Ÿ˜†. Haha.
Pecah rekod oo, rahsia 7 tahun. 
Cool kan? ๐Ÿ˜Ž

SEKOLAH RENDAH

Perpindahan UK ke Malaysia bukan mudah. Perlu belajar main kad happy family, main batu seremban dalam bas, main zero poin, tak semudah membina sandcastle tau. 

Perlu adaptation. Lagi2 sekolah di utagha, struggle tiap2 hari untuk faham 'ayaq' (water) 'gerek' (bicycle) tu apa. Lebih pening untuk minah saleh (bajet) nak faham 'kami' (we/us) tapi maksud dia sebenarnya 'saya/i', 'hampa' (frustrated) = awak/you. Yang paling susah, tiap2 hari dengar 'Bang' (azan) kat sekolah. Struggle kot bila cakap, "dah bang, jom kita solat"....Ok hambar๐Ÿ˜. 

Anyways saya sangat sayang utagha, sebahagian besar hidup membesar disana. Mestilah sayang, especially Kedah, menang bola kot ⚽.

Ok, so how i dealt with this? Redah je! I had blended myself into the surroundings, buat2 pandai cakap walaupun lidah tergeliat tersimpul. Cuz you know nobody is there to judge you. Kawan2 cikgu2 osem layan je. Tak perlu fikir banyak, x perlu bawak diri sebab tak boleh 'masuk'. Go with the flow. Like a pro.

Walaupun takdelah 'besar' sangat pun ujian dia, tapi eh... biarlah, ini post saya, saya boleh pilih nak cerita apa๐Ÿ˜’.

SEKOLAH MENENGAH

Haa...ini fasa paling susah sekali. Kenapa? Cuba teka. 

CINTA? 
hmm...
Salah! 
Oklah mengaku, separuh salah separuh betul. 

Inilah fasa dimana watak2 Inside Out makin aktif (lari topik). Sape belum tengok lagi Inside Out, berhenti baca post ni pergi tengok. Lepas tu baru sambung balik baca (cubaan kedua untuk mengelak)

Haha, ok fine, lets say kita dah masuk part melodrama. With all the emotions membanjiri. Kita mencari kawan, mencari attention, mencari si dia (cewah), mencari 'masa' bila boleh siapkan kertas2 percubaan peperiksaan, yang menyebabkan, kita mencari penyakit supaya dapat MC (ok dah merapu). 

Basically kita mencari diri kita sendiri, walaupun sebenarnya kalau tengok depan cermin dah jumpa dah diri kita (kenapa nak sulitkan lagi, kan dah panjang post ni, orang bukannya nak baca pun๐Ÿ™„). Ok kelaut.

Teringat satu struggle masa sekolah menengah dulu, saya tak suka pakai spec, sebab tak suka tengok sesuatu dengan 'jelas'. Bak kata FORTEEN, "jika denganmu kabur, ku tak mahu yang jelas" (DISCLAIMER: saya tak tahu pun lagu ni, video matlutfi yang ajar, google tolong saya cari lirik). Kelaut lagi. 

Banyak benda 'jelas' yang saya tak nak tengok, sebab nanti Joy, Sadness, Fear, Disgust, Anger datang ketuk pintu hati. Sebab pintu tu masih dalam renovation oleh Dia, belum disempurnakan oleh Dia lagi, belum tentu selamat apabila dibuka seluas2nya, jadi saya buat keputusan untuk trust the Creator of the door dan 'kabur'kan pandangan. Bukan tidak melihat langsung, tapi kaburkan. Bukan tidak membuka pintu itu langsung, tapi buka pintu sikit2, perlahan2, supaya pintu tu tak roboh dan tak boleh dibaiki dah. 

Tapi ada benda yang saya KENA tengok dengan jelas, macam nota2 yang cikgu tulis kat whiteboard kat depan, segala calculations, macam video throwback sekolah yang viral skrg ni, leka sikit je dah kena padam nota tu. Tambah lagi saya duduk belakang sekali dalam kelas, mana nak nampak depan kalau tak pakai spec (ustaz kami pernah cakap orang yang duduk belakang dalam kelas selalunya 'lambat masuk syurga') Amek ha, double struggle. ๐Ÿ˜‚

UNIVERSITY LIFE

Ok jari2 dah penat sebenarnya menekan, padahal inilah paling crucial sekali, part thriller dalam drama ni. Kalau dalam Inside Out, part Riley lari dari rumah. Dah kata, pergi tengok dulu cerita tu, kan dah tak faham๐Ÿ˜Œ. 

Sebab kita rasa kita dah in control of our life, everything's in place, 'banyak' dah ujian2 kita dah lalui dengan cool nya. Walhal, inilah permulaan segala2nya. Kita akan berjumpa dengan ujian yang kita tak pernah jumpa sebelum ni. Stress, anxiety, depressed, loneliness, failure, broken, homesick, apa lagi? You name it. 

Memang, kita takkan dapat berjumpa lagi dengan struggle tudung, bahasa, spec yang sama sebab kita akan jumpa dengan ANAK2 dia. Haha. Struggle baru dengan tudung sebab pin selalu hilang atau waktu nak pakai shawl, bahasa (struggle baru: straya accent), spec tak dah sebab skrg tgh struggle nak letak contact lens kat mata. ๐Ÿ‘€

Aha, tertubi-tubi ujian! 

Saje tak nak share pengalaman sendiri semasa di fasa ini, sebab  masih berada dalam fasa ni, belum berjaya laluinya lagi. Nanti bila dah masuk fasa seterusnya, baru boleh share, nantikan! Kejap...Apa fasa seterusnya?

...

Sooo in a wrap, camana nak handle this ujian? Camana nk solvekan dengan cool nya?

Tanpa kita sedar, at those time, you've always been you. You being you in solving your own problems. You know who you are so now YOU do YOU. I can't be you, you can't be me. Don't try to be another person in solving your own problems, that ain't cool๐Ÿ˜ผ

Enough of the tongue twister.

And just don't forget, in every episode of our life, He is The One behind the scene. He is The Producer, The Plot Writer. So tempat rujuk kita hanyalah pada Dia. Mohon pada Dia, supaya kita dapat memahami plot hidup kita. Mohon Dia beri kekuatan pada kita untuk melalui ups and down tu. Mohon pada Dia untuk beri hikmah sepanjang perjuangan. 

Dengan cara ini, kita boleh sikit2 handle ujian2 hidup dengan COOL nya!

Slowly but surely, InsyaAllah. 

๐Ÿ’ช๐Ÿป*biceps*

Fasa seterusnya..

MARRIAGE

haha bajet ada..kbai.

p/s:
-ini kalau masuk iium confession boleh dapat award
-entry kering takde gambar, 'tak dan' (google translate: no and)
-[] sepatutnya ada emoticon, tapi tak keluar sebab blogspot ni emotionless
- haruslah 'a loonggg entry' during EXAM WEEK?? i should go and study. ini pun struggle k
-doakan!