Wednesday 12 December 2012

Dulu-Dulu (pArt 1)....

Bismillahirahmanirahim...

sat noh..ada keja sikit nk wat..


alhamdulillah, dh sapu2 sawang sikit..huh..berhabuk habis blog ni, dah lama x update ^_^"

ana tgh cuti sem skrg ni, pastu tiba2 rasa macam nak jenguk blog, mmg, merata2 habuk dan spiderweb =).
tergerak plk hati nk tulis sth (something). kali ni ana nk bkk cite lama, cite 3 tahun dulu, kt sekolah menengah ana. ntah, sebulan yang lepas ana asyik teringt2 kisah2 yg berlaku masa sekolah menengah dulu. smpailah tadi, kemuncaknya bila ana tgk balik2 gmbr2 kelas 4 Ihsan & 5 Ihsan (nanti ana cite psl kelas2 ni), yg di'tag'kan dlm fb.ana baca komen2nya, gelak sorang2, pastu ingt2 balik peristiwa2 lama. jadi, ana pon 'ni kena tulis pengalaman dlm blog ni, spy ada knangan, n boleh tgk selalu'.

mungkin ada yang akan kata 'ala, wat pe nk ingt balik kngn2 lama, tu, bknnya ada manfaat pn'. actually, buat yg x tahu, kenangan2 nilah yg mendewasakan ana, especially masa kt SBPIKP (google kalau x tahu ! ;p).
sbb ana jenis yg suka amik ibrah dri apa2 peristiwa yg berlaku, so for me, i thinks it's not wrong to write. furthermore, its my memories, i can do anything with it, right? (asal bahasa inggeris plk ni??)

hmm..nak start dgn apa ye?
apa kata 4 Ihsan?
:)

4 Ihsan

jap, nak selak2 fb cari gambar...
dh jumpa! tadaaaa..

4 Ihsan
ni gambar time sambutan raya, tapi x semua ada dlm ni..cantik x? hehe..nak ana bgtau nama sorang2 ke?? x yah la..bknnya antum kenal pn~~
yang tengah, pakai baju melayu biru cair, itulah cikgu kesygn kami semua, guru kelas yg sangat sporting, Cikgu Rizalman Rameli, merangkap cikgu add math kami gk.
hmm...jap eh, ada satu lgi gambar..

blurr sikit, sorry
owh....gmbr ni time drama utk kelas bahasa melayu, ana dh lupa tajuk drama tu (usia makin meningkat :)).
rasanya semua ada dalam ni.....kot ;) .Drama kitaorg best (ana rasa la), tapi dapat no.2..haha, nak bikinkan drama ni nk bagi jadi drama, pon ada drama disebaliknya (behind the scenes)..^_^"

ok, jadi apa sebenarnya yang ana nk sampaikan?? 

hmm...ana sbnrnya form 4 baru kt sekolah ni  (form 4 intake). biasalah culture shock, especially ana sblm ni sekolah perempuan semua. kalau nak cerita apa culture shock nya, fuhh...tidak2, biarlah rahsia :) lgipon banyak, x mampu ana nk cite satu2.
perasaan ana jadi form4 baru? best...mula2 tu, biasalah, makan hati, sedih x de kawan, takot jmp llaki (pon ada? mestilah), rasa nk balik sekolah lama. ala2, benda2 biasa sebelum dpt bercampur n adapt dgn biah kt situ. then ana realize, there are some situations where kita yang kena open up. kadang2 ana fikir gk, perlu ke ana teruskan dengan perangai ana masa kt sekolah rendah dulu, x boleh ckp dengan lelaki, buruk sangka dengan org yang x ikut ajaran islam cthnya x tutup aurat. then bila ana masuk sekolah ni, ada la program2 dan aktiviti2 yang perlunya campur dgn lelaki, mula2 ana protes jgk (konflik dalaman). then lama2, ana faham erti ikhtilat, erti perlunya campur. n perlunya ana berfikiran positif terhadap orang lain. contohnya mcm drama ni, even ana sendiri berlakon dlm drama ni (x caya?? ce tanya classmate ana! :)). betapa ana mengerti, hidup ni x boleh narrow minded. kalau narrow minded camna nak tarik org kenal kecantikan Islam, kan?

:)

ana nak share satu kisah, ada satu event sekolah pasal mcmana nak drive motor dgn selamat. dan kelas ana, 4 ihsan ni la, terpilih utk join event ni. event ni panggil bdk2 sekolah luar jgk. ada satu part tu, ana duk lepak2 kt tepi jalan sambil tgk kwn2 naik motor pusing2 kt jalan, then ada sekumpulan perempuan dri sekolah luar ni, jalan depan ana. tiba2 angin kuat dtg, dan salah seorang drpf mereka, tudungnya diterselak, which nampak rambutnya cuz dia x pakai anak tudung n tambah pula tudungnya singkat. Allah, ana betul2 marah time tu, mencemuh dlm hati (Astaghfirullahalazim, teruk betul ana time tu)..ana betul2 menyesal sbb ana x ambil peluang tu utk tegur. perangai ana mmg teruk, bukannnya nk tegur, malah mencemuh plk! ish3..
tapi bila lama kelamaan, ana sedar. Alhamdulillah, Allah masih sayang ana dgn mewujudkan sbpikp ni biah yang solehah, beri kepimpinan badar yang mantop, selalu je organize tazkirah & ceramah which bnyk menyedarkan ana, barisan guru2 yang sentiasa bgi nasihat, x kira kt sekolah atau asrama. Rahmat Allah x pernah putus utk hamba2nya. Ana sgt kagum dgn cikgu English ana, Madam Faridah. dlm kelas x pernah x bgi tazkirah psl Islam, walaupun sikit. pandai je madam selit2kan dlm pembelajarannya. ana pn selalu rujuk madam kalau ada masalah2, cthnya masalah hati ke (hehe..kantoi :)), & mintak pendapat psl Islam. dan madam juga tabah dgn kerenah2 batch kami, kerenah2 sekolah, buktinya madam still kt sekolah tu. katanya pada ana masa ana chatting dgn madamdulu lepas keluar sekolah "madam syg nk tinggalkn sekolah ni maryam, madam rasa tanggungjawab kt student2 sini utk bawak depa kenal Islam. tanggungjawab sebagai seorang guru dan seorang pendakwah". hebat kan? :')

ok, kembali kepada realiti. All praises to Allah, berkat tarbiyyah dari Allah yang disandarkan pada wht had happened kt sbpikp ni, ana lebih berfikiran terbuka. kalau nak dibandingkan dgn social problem sekolah menengah n kolej/uni, mestilah kolej/uni lagi banyak, sbb bdk2 dtg dri pelbagai family background n peraturan2 pn dh longgar,lagi bebas. ana x tahu la, kalau ana masih narrow minded, ana mungkin x dpt bimbing kwn2 kt sini. lagi plk, Allah takdirkan ana jdi salah seorang pemimpin dlm kolej ni, diamanahkan pegang semua muslimat kolej plk tu. lagi la kena open minded, kena bercampur dengan semua org. x boleh cepat judge. even kena rapat diaorg, spy x nampak terlalu harsh bila tegur. hmm..dlm barisan pimpinan plk, setiap exco ada pasangan berlainan jantina, berpasangan la maksudnya. sbbkn ana  pegang muslimat shj, ana x de la psgnnya, tpi ana dlm majlis tertinggi jgk. kadang2 tu ana kena suarakan pendapat n kadang2 bgi cdgn dlm meeting, segan gk. kalau ana berprinsip lama, mungkin ana dh letak jawatan. haha ;p



Inilah yang dipanggil tarbiyyah. tarbiyyah ni suatu process yang sangat panjang. bknnya blh terbentuk ar rijal qawi n individu muslim straight. mestilah ada ujian2 dan halangan2. ini baru tarbiyyah oleh biah sekeliling, x lgi tarbiyyah straight dri Allah. teringt plk kisah sahabat, Kaab bin Malik yang ditarbiyyah direct dari Allah. seronok tau rasanya ditarbiyyah direct,kita akan rasa ujian yg Allah bagi sbb Allah sgt sayang kt kita :'). banyak benda yang berlaku kt kms ni, yg ana buatkan ana betul2 faham, cmni ini rupanya, x boleh mcm ni, x boleh terlalu syadid...tapi ana x kata yg ana menyesal sbb terlalu menjaga kt sbpikp dulu, sbb itu yang membuatkan ana ada prinsip kt kms ni. kt kms, bkn stakat campur event2, n program, malah study group pn wajib campur, kadang2 tu ada keadaan yg terpaksa berdua lelaki dan perempuan. x kan ana nk protes setiap event. kalau mcm tu baik ana duduk kt sebuah pulau yang x de sapa2, sekolah sorang2 kt situ (wujudkah? haha). Islam x menghalang percampuran lelaki & perempuan, cuma pastikan ada syarat2nya dan batas2nya.

wahh...panjang bebenar citenya~
jadi, inilah dia apa yang ana dapat masa form 4. mungkin ibrah ni x seberapa, tapi bagi ana ianya 'dua tiga berapa' (dh kalau x se, dua tiga la..fhm ke? x faham? x pe la, abaikan~) ;P
ni x masuk lagi apa yang berlaku waktu form 5..
hmm..x larat la, ana sambung next post, boleh kan? :)

Anyway, 4 Ihsan was is the best! meh nak senaraikan apa yang bestnya..

1. Selalu menang kelas terbersih! yeay! sbb ada ketua dan penolong ketua kelas yg sangat menjaga kebersihan..hehe..kadang2 tu compete gk dgn kelas 5 Islah (senior kelas teknikal), pernah tu kami buat rombongan jeling menjeling ke kelas diaorg sbb diaorg pernah 'rampas' trofi kelas terbersih 'kami'..hehe, x matang betul! :)
2. Tanah Perkuburan 4 Ihsan. huh? sebabkan ahli kelas kami baik2 belaka,  kami x banyak buat bising..tiba2 plk, mana datangnya, kelas kami dicop sbg kubur, sbb senyap sunyi sangat kot, katanya kelas2 lain la. hehe, masa form4 dulu, marah gk la, tapi sekarang rasa nak tergelak plk. tanah perkuburan yang sangat bersih!
3. Event motosikal tu. i just realize that ada satu benda yang ana x reti. ana x pernah bawak motosikal dalam hidup ana. even membonceng pon. x tau la bila boleh naik motor ^^"
4. makan luar! sbbkan bnyk kali menang trofi, dptla kupon dri sekolah, iaitu dinner satu kelas kt luar. jangan main2 dgn kami, dalam diam kami se'diam' tanah perkuburan, kami membersih & sapu, kami sapu sekali trofi & kupon dari sekolah..haha <-- gaya kejam :)
5. drama bahasa melayu. ok, mungkin sbb drama yang kami dapat tu jalan ceritanya mcm boring sikit, sbb tu la x menang~ (x nak mengaku salah sendiri..hehe). apapon, best sbb dpt tgk ragam kawan2. yela, dlm kelas lain, bila berlatih dan berlakon, lain plk orgnya. seronok! ukhuwah terasa lebih rapat lepas berlakon drama ni, alhamdulillah :)
6. Ujian sebagai seorang perempuan ;)

Akhir sekali, jazakallahukhair utk org yg tagkan ana dlm gmbr2 yg ana amik dari facebook (",)

Last photo, sopan sikit..

3 tahun yang lalu..


wallahua'lam...
*rindu :)

Friday 19 October 2012

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul...

Bismillahirahmanirahim....


"betul ke kata2 cinta ilahi ni yg menghiasi hati, lalu hadir cinta manusiawi kerana cinta Allah yg mendalam ini..
Atau sbnrnya cinta manusiawi, diselindung dan digahkan dgn kononnya cinta ilahi, agar nampak indah dan berseri??"

"Pengharapan hati bila kata cinta kpd ilahi akan membuahkan cinta manusiawi, menghilangkan keikhlasan hati. Kenapa mesti bila sebut cinta ilahi, yang turut didampingkan adalah cinta manusiawi? Sedangkan peribadi abid yg amat cintakan tuhannya, hingga malam dicari utk bertemu dgnNya, hingga dosa ditangisi kerana takut xdpt bertemu dgnNya. Selesaikan peribadi abid yg amat mencintaiNya..hingga tiada yg menguasai hati kecuali keinginan mentaatiNya shj"

"Banyak lagi masalah yg mmbelenggu manusia umum, erti mengabdikan diri, merasai Allah rabb yg menguasai, keimanan yg menggerakkan amal diri, ummat hari ini yg hancur truk skali..Seperti menyelesaikan masalah cinta manusia akn menyelesaikan masalah ummat seluruhnya."
T_T

someone tegur ana psl post2 cinta kt fb,
terharu, Allah msih syg ana dgn hadirkn seseorg utk tegur ana.
betul, bnyk lagi masalah umat yg lebih penting yg kena selesaikan, bukan masalah cinta...
pengabdian kpd Illahi yang paling penting.


" Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia itu melaikan untuk menyembah dan beribadah kepadaKu"
(51:56)


wallahualam...
# Thank You Allah :')

Friday 12 October 2012

*Muslimah Pro*

Bismillahirahmanirahim....

ana saaangat tertarik dgn entry drp blog sister ni... :')

Muslimah Profesional...

"Menjaga kemaslahatan dakwah lebih penting dari apa-apa yang dia berjaga-jaga kerananya." 
(Yusuf Qardawi)

http://zinnirahhumaira.blogspot.in/2011/11/perutusan-maal-hijrah-pbay-ayuh-tajdid.html


wallahualam...
# susah kt KMS ni nk balance antara nk 'menjaga kemaslahatan dakwah' dan 'menjaga kemaslahatan diri'..hmm (-_-)

Tuesday 2 October 2012

Nikmatnya Perpisahan Insan 'Bercouple'


"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."
"Kenapa pulak?"
"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."
Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..
Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.
~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih. 
Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.
Itu barulah 'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?

Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana 'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.
Allah 'Azza Wa Jalla berfirman;
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)
"biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."
Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan... Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita 'bercouple' bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.
Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun 'suprise' yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.
Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal. 

Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.
" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.
(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s"
Wallahu Ta'ala A'lam

Wallahua'lam..
*if only i could give this article to my roommate...

Thursday 27 September 2012

Dia lebih mengetahui

Bismillahirahmanirahim...

bila tgk balik post2 ana yg sblm ni, bru ana perasan yg kbnykn post ana x de  hadaf, x de nasihat yg nk dismpaikn.  mngkn ana lebih kpd luahan n muhasabah diri kot :) (kena kurangkn ni..huhu)

anyways, jazakallahu khair utk anonymous atas nasihat yg mmbuatkn ana bnyk berfikir n muhasabah diri lately. btul, mmg it starts from the daie itself. kalau dakwah tu x berkesan, check balik daie tu mcmna. kalau daie tu still bergelumang dgn jahiliyah n x nk tinggalkn, mcmna daie tu nk expect dakwah yg nk dia smpaikn tu akn berkesan kt org lain. Utk mmastikan dakwah itu suci, daie perlu suci terlebih dahulu. mcm ana sendiri, mcmna ana blh harapkan hubungan dgn manusia tu ok  kalau hubungan ana dgn Allah pon x utuh lagi?

so wht happened during last week, mmg. as i expected and as i was inferior for selama ni. ujian dtg bertubi2. tpi ana tahu, semuanya perancangan Allah. bkn ke manusia diciptakn utk diuji? so, pasti ada hikmah knp Allah membenarkan ujian2 n kejadian2 tu berlaku. ana dh ok, alhamdulillah :)


wallahua'alam..
# ana sgt gembira hari ni, akhirnya, ana ada kekuatan utk menerima hidayah Allah...insyaAllah, doakan ana istiqamah dalam penampilan ini :')

Sunday 9 September 2012

Tolong.

Bismillahirahmanirahim...

hmm...tiba2 rasa mcm nk menaip mlm ni (or maybe pagi)..
sebenarnya ana tgh sedih skrg ni...sedih dgn diri sendiri sbb x kuat. x kuat sebagaimana rasulullah dan para sahabat dulu. <-- mesti pening lalat baca ayt ni

ok la, st8 (???) straight to the point, kt kolej skrg tgh chaotic. ikhtilat dh x dijaga, aurat pn hmm...semua ni hanya kerana event satu minggu. seolah2 mcm halal lah segala2nya dlm satu minggu, kerana event tu once in a year je.

nth, ana saaaaaaagat sedih. sedih sbb tgk umat Muhammad yang mengejar dunia. sedih sbb x tau cara nk tolong n yg paling sedih sbb ana dh putus asa..

Everytime ana putus asa, ana selalu qusetion diri ana mcm ni,

'Kenapa aku letih mengajak rakan2 mengenali Allah dan Islam? sedangkan Rasulullah dulu x pernah letih ajk umatnya kembali ke jalan Allah. pdhl Jahiliyah zaman Rasulullah dulu lgi teruk dri zaman skrg. sedih, why am i like this?!'

ana siap tiap lgi dlm phone ana spy bila ana putus asa, ana akn rujuk text ni. ana assume ana akn jdi lebih bersmgt dgn text tu, tpi ana still mcm ni, selalu x de smgt.

mcm mlm pagi ni, ana saaaangat down. sbb ana btul2 buntu, x tau nk mula dri mana, x tau nk nasihat mcmna,  x tau nk tegur atau biar je..

lebih2 lagi bila ana ada kuasa tu, tpi ana x reti nk cegah maksiat dgn kuasa yg ana ada. Allah :'(
Ditakdirkan Allah, alhamdulillah, kt kolej ni, Allah kurniakan rezeki jawatan2 kt ana. ana sngka dgn jwtn2, mudah ana nk gunakn kuasa/tangan utk menegur. tpi, hmm..bila dh berjwtn, dan anak2 buah yg buat maksiat tu, rasa saaaaangat teruk. ana rasa ana pemimpin jahil, sbb x dpt buat apa2 utk cegah.

Terukkan?

akk naqibah ana pernah bgi nasihat kt ana lps ana cite masalah ni, dia kata..

"Maryam ingt x dulu masa Rasulullah pergi ke Taif, dgn harapan rakyat Taif dpt terima Islam? tpi apa yg Rasulullah dpt?diaorg x nk ikut Islam, malah menghina mencederakan Rasulullah. lps tu apa yg rasulllah buat? ada Rasulullah balas balik dgn angkatan perang?? ada rasulullah marah? ada rasulullah putus asa?? ada Rasulullah ckp 'ana x nk dh wt keje dakwah ni, letih..'??? ada rasulullah ckp mcm tu? X,tpi Rasulullah ckp 'sesungguhnya mereka itu kaum yg belum mengerti' Mulianya peribadi Rasulullah.Jadi Maryam jgn putus asa. contohi Rasulullah."

ana pernah try buat cmtu. pernah berlaku satu situasi yg ana btul2 x tau nk cegah mcmna. dpn mata ana. ana kept doa dlm hati ana, 'Ya Allah, ssungguhnya si dia & si dia tu belum mengerti, turunkanlah hidayah pda mereka'.

mungkin ada yg x fhm knp ana selalu ckp ana x tahu x cegah cmana..
masing2 ada logamnya. mcm ana, ana x pndai nasihat, ana x pndai menyusun kata2 utk tegur/ nasihat. ana mungkin akn harsh bila ana bertutur.sbb tu, ana lebih mudah gunakan teknologi, mngkin itu logam ana

jadi, kekurangan ana mnybbkn ana rasa diri lgi x de guna dlm dkwh.

ana mengantuk, tpi takut nk tido, takut dgn apa yg akan berlaku hari ni. takut nk lalui hari ni dan minggu ni.

Ya Allah..........



wallhua'lam...


Tuesday 4 September 2012

Kami Merinduimu...

Bismillahirahmanirahim...

...(T_T)...


Muhammad adalah termulia di hadapan Arab dan Ajam
Muhammad lah sebaik2 manusia yg berjalan di bumi ini

Muhammad adalah luas kebaikannya, Dialah pengumpulnya
Muhammadlah penghulu segala kebaikan dan kemuliaan

Muhammad adalah mahkota para Rasul Allah, seluruhnya
Muhammad adalah benar pada kata2nya

Muhammad adalah tetap pada janjinya
Muhammad itu cantik akhlak dan rupanya

Muhammad, tanah semadinya disirami Nur
Muhammad bercahaya sejak dahulu lagi

Muhammad seorang hakim yang adil punyai kemuliaan
Muhammad adalah kunci kenikmatan dan hikmah

Muhammad adalah semulia-mulia makhluk Allah,dari kaum Mudhar
Muhammad itu semulia-mulia rasul Allah, seluruhnya

Muhammad, agamanya adalah kebenaran yang kita anuti
Muhammad adalah kebenaran yang sebenar2nya

Muhammad, mengingatinya adalah seperti roh bagi kita
Muhammad, wajib kita berterima kasih kepadanya

Muhammad adalah penghias dunia dan penghiburnya
Muhammad, ibarat penghapus duka dan kegelapan

Muhammad, penghulu yang suci perbuatannya
Muhammad,diberikan sebaik2 nikmat oleh Allah

Muhammad, adalah insan pilihan Allah, sebaik-baik makhluk
Muhammad, adalah suci daripada segala tohmahan

Muhammad,tersenyum buat tetamunya , bahkan memuliakannya
Muhammad, jirannya demi Allah tidak dizaliminya

Muhammad, alangkah indahnya dunia dgn kehadirannya
Muhammad telah datang dgn mukjizat dan hikmah-hikmah

Muhammad, kelak di hari kebangkitan,dialah pemberi syafaat kita
Muhammad,nur nya ibarat penyuluh hidayah dari kegelapan

Muhammad,tidak putus-putus menghadap Allah dgn penuh harapan
Muhammad adalah penamat sekalian Rasul Allah,seluruhnya




wallahua'lam..
* sayu dgr ikhwah kolej ana qasidah ini tdi..(-_-)

Monday 27 August 2012

Menuju I.M.



10 muwasafat tarbiyah

1. Aqidah yg Sejahtera
2. Ibadah yg sohih
3. Akhlak yg mantap
4. Berpengetahuan Luas
5. Memiliki tubuh badan yg sihat
6. Bermujahadah melawan hawa nafsu
7. Berdikari
8.Tersusun didalam urusan
9. Menepati masa
10. Bermanfaat utk orang lain.

step by step..insyaAllah...

wallahua'lam...
# 27 hb...

Tuesday 14 August 2012

Tangga ke-2 Maratib Amal?

Bismillahirahmanirahim......

satu petang yg saaangat tenang. ibu dan anak tgh buat kerja masing2..si ibu sdg baca buku, si anak sdg buat assignment.

"kak.."

"ye.."

"nk dgr satu cerita x?"

"cerita apa ma?"

"hmm...mama dulu wktu bljr kt uitm, ada sorg laki tu minat kt mama, dia tu senior mama,  dia siap kata nk kawin dgn mama..tpi mama reject sbb mama rasa muda lgi..umur mama 20 time tu.."

"hmm.."

"kakak, kalau ada org dtg nk minang kakak skrg , mama akn terima je, biarlah umur muda pn..."

"x nk la ma, muda sgt la, diri sendiri pn x btul lagi,..bnyk bnda yg settle lgi, ni nk ada family plk.."

"kak, skrg ni lelaki soleh susah dh nk cari. mama risau kakak tunggu umur tua sikit, dh x de sapa nk. kak, bknnya mama saja2 suh kakak kawin awl, tpi ni demi kebaikan kakak jgk. dh ada suami senang sikit, terjaga, dakwah pn mudah. kawan mama,anak dia yg bongsu, umur 19, mak dia dh kawinkn dia dh. skrg dia x risau dh anak dara dia, ada org yg jaga. dunia skrg bhya kak.."

"x pe la, dh ada calon..dia pn dh ready"

"kak, minggu lps, mama pergi program, mama ada jmp kwn lama mama, dia tnykan kakak, utk anak dia...."

tiba2, kedengaran bunyi tv di dapur 
~who lives in a pineapple under the sea?? spongebob squarepants!~~

"eh, spongebob la ma...nk tgk.."

"hmm, nk mengelak la tu.."

si anak cpt2 bergerak ke dapur...
cukuplah.
dia x snggup dgr lgi.


cuti sebulan sempena sem break bulan lps, mmg seronok bgi si anak. dpt brjmp family, dpt pergi program, dpt join daurah, dpt buat kek yg dh lama x buat. tpi..

"kak, ingt x lgi janji korg adik beradik, nk kawin 4 sekali, kakak dgn abg2?"

"yep, knp ma?"

"ni, abg2 kamu kt aussie tu, x habis2 nk kawin, diaorg suh kakak2 cpt2 cari calon, spy diaorg blh kawin"

"apa kaitannya dgn kakak??"

"yela, kn rancangnya kalau ada org dtg minang kakak,bru diaorg dpt green light utk pergi minang anak dara org lain..kakak dh ada calon ke?"

"x de..malas la ma nk fikirkn hal ni"

"nk mama carikn ke?? kwn2 mama ramai anak lelaki.."

"x pe, x yh..... nnti2 la ma.."

...tpi...meskipun gembira, hatinya x tenang. spnjg bulan tu, dlm rumah asyik ckp psl perkahwinan je..
si anak rasa sgt takut sbb dia tgk si ibu n abg2nya mcm serious..

bknnya si anak x nk fikirkan psl kahwin..si anak tahu, mcm2 dpt diselesaikan kalau dh kahwin.. tpi kahwin ni bkn prkara yg main2..bkn perkara yg boleh dipatah balik bila dh jadi.  ni perkara yg serious. 

Kahwin? mungkin bgi org lain 'asyik ckp pasal kahwin je dia ni' 'x sabar nk kahwin la tu' 'habiskan study dulu baru fikirkan pasal ni'..bgi ana, mmg kita kena fikir psl kahwin dh. sbb dgn kahwin, kita dpt membantu Islam dgn lahir2nya anak2 yg mnjadi kader2 Islam pada masa akn dtg. bknnya nk kahwin sbb saja gatal2 nk ada suami, atau sbb nk mnghalalkn hubungan, tpi kena ada matlamatnya. skrg ni, apa yg saaangat penting? utk bantu umat Islam kan? pentingnya kita utk kahwin, utk ada satu biah solehah dlm family, spy anak2 dan suami isteri sama2 mnjdikan Islam the way of life dlm kehidupan diaorg...

bila semua org berkahwin dgn matlamat nk jdikn family yg btul2 ikut panduan AlQuran n AsSunnah, insyaAllah, umat Islam yg betul2 amalkn Islam akn berkembang, agama kita akhirnya akn tertegak kt dunia ni kesannya drpd kita lgi. Redha Allah pn akn smpai. bkn ke redha Allah yg kita mahukn? bila kita bermatlamatkn perkahwinan ni utk 'daripada aku buat bnda2 x elok dgn dia, baik kahwin terus' 'sbb dh suka dia sejak sekolah lgi' 'nk ikut trend skrg, kahwin awl', itu yg terjadinya anak2 x ditarbiyyah elok2, dlm family x diterapkn nilai2 Islam n sunnah nabi..takutnya..takut Allah x redha perkahwinan kita tu..

apa yg ana concern skrg ialah diri sendiri. diri kita masing2. cukupkah amalan baik kita nk ada suami/isteri, nk ada anak2? blh ke bimbing suami/isteri n anak2 dgn nilai2 Islam, sedangkn diri sendiri pn masih x amalkan  nilai2 Islam lgi? blh ke ajar anak2 suruhan Allah dan larangan Allah, sdgkn diri sendiri pn kdg2 tersungkur dri arahanNya?

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُون
"Wahai org2 yg beriman, Mengapa kamu memperkatakan apa yg kamu tidak melakukannya"
(AQ 61:2)



...



si anak berjanji pada diri sendiri, 'starting from now on, i have to prepare myself, lengkapkan segala2nya, berusaha utk jdi individu muslim..'

sbb...

perasaan si anak mengatakan....

 'x lama lgi..x lama lgi..'


wallahua'lam..
p/s: Change yourself in order to change others. Ramadhan Al Karim & Eid Mubarak..


Tuesday 17 July 2012

???

Bismillahirahmanirahim..



 *ni sbnrnya trailer utk post akn dtg...
Nantikan, insyaAllah :)

wallahua'lam...
* Salam Ramadhan..^^

Wednesday 20 June 2012

Syukur, Syukur, & Teruskan Bersyukur!



Bismillahirahmanirahim...


lamanyaaaa x tulis dlm blog..:)
agk sibuk dgn hal kolej..sungguh, menjadi seorang pelajar IB ni sgt memenatkan. nasib baik ada prog2 tarbiyyah kt kolej, kalau x jadi robot la ana sepanjang dua tahun ni.


hmm...dua tiga hari yang lepas ana asyik teringatkan balik masa ana mula masuk kolej dulu tahun lps. mula2 tu mmg la culture shock. tpi ana x de la terkejut sgt sbb ana dh pernah lalui 'culture shock' tu masa kt sbp dulu. jadi alhamdulillah dh blh kawal diri.


cuma ada satu kejadian yang betul2 membuatkan ana berfikir semula betapa sygnya Allah pda ana. entah, lately ana asyik berfikir psl ni. 


hampir setahun yg lalu, ana dn rakan2 join orientasi kolej. minggu orientasi, mcm2 berlaku. biasala,kalau ckp psl minggu orientasi, ikhtilat la isu utama yg mesti dibngkitkan. tpi ana x nk sentuh psl tu. 


ana di'roommate'kan dgn dua org kwn daripada kelantan. (meme kecek la mula2 tu..tpi skrg normal dh :))...sepnjang orientation week, kami bertiga mula rapat..dh mesra wlpun bru seminggu...satu hari, salah seorang shbt ana tgh berckp dgn seseorang through hphone dia. dia nmpk sgt gmbira, cerita semua apa yg berlaku spnjg hari tu kt kwn dia. ana senyap je smbil tgh kms brg2.tiba2 kwn ana tu passkn handset dia kt ana. 


"Maryam, ni ha, saing sya nk kecek ngn awak"

ana pn ambil la phone dia, dgn sangkaan ana akn berckp dgn kwn baik dia, perempuan.


me : "assalamualaikum.."
HIM : "waalaikumusalam.."


terkedu ana time tu...
Allah..jaga hambaMu ini..


him : "ni Maryam eh? apa khbr? org perak kn? (mesti kwn ana ada cerita kt bdk ni)


ana speechless sgt time tu..dlm keadaan terkedu, ana jwp,


me : erm. sori. sya ada hal kena buat. k.
him : ok la...mintak tlg sikit blh?.. nk mintak tlg awk jaga saing saya ____, dia tu kdg2 manja sikit. sabar eh dgn dia nnti. k bye.


uhuh...


cpt2 ana paskan phone tu kt kwn ana, tnpa berkata apa2..kwn ana teruskn berckp dgn dia..
seriously ana rasa mcm nk nangis time tu..ana rasa diri ana teruk time tu sbb ckp dgn llaki through phone yg time tu kami berdua je dan yg ketiganya adlh syaitan. mungkin bagi org lain 'alah, through phone je pun. bknnnya face to face', tpi bagi ana, inilah yang Allah ckp psl jangan hampiri zina. nauzubillah..


ana cpt2 bersiap, nk larikan diri ke tempat lain sbb x sanggup nk duduk dlm bilik tu. tiba2 kwn ana panggil ana lagi,


"Maryam, saing sya tny, awk ada gewe dok? kalau x de, dia blh tlg carikan utk awk..dia ada ramai saing lelaki yang blh dia perkenalkan kt awk."


Allah..hanya Allah je yg tahu apa perasaan ana time tu..
"x pe2..x pyh.."


ana dh mula rasa airmata nk turun..cpt2 ana ckp kt roommate ana smbil senyum


"erm..sya nk kluar jap. lps asar nnti sya balik."


ana straight ke Surau Al Furqan walaupun x masuk waktu asar lgi. kt situ la ana luahkn segalanya kt Dia. mmg sgt sedih time tu. mmg rasa mcm nk kluar kolej time tu. mmg dh give up. tpi Allah Maha Penyayang, Maha Bijaksana. Allah beri ketenangan pada ana dan ketenangan tulah yg menjadikn ana kuat utk lalui masa2 kt kolej lps tu. buktinya, ana masih ada kt kolej, dh jadi senior pn..

knp ana bangkitkn kenangan pahit ni? bukan nk bajet bagus atau nk kongsi masalah, tpi sbb ana sendiri nk amik pengajaran drpd kisah ni. ana nk jdi org yang bersyukur. bersyukur dgn nikmat yg Allah dh beri pada ana. mungkin x dpt relate kisah ni dgn syukur sbb syukur yg ana maksudkn ialah syukur sbb Allah itu sentiasa ada dgn hambaNya.


mmg ana ditarbiyyah dri kecik,'ini boleh, ini x boleh', parents ana jaga ana, sekolahkn ana kt sek agama spya ana jdi anak solehah. tpi bila meningkat dewasa, ana diuji mcm2, diuji dgn perkara2 yang ana x sngka, ujian2 yang ana rasa 'knp aku diuji? Allah x syg aku ke?' dan kdg2 ana hampir2 tersungkur dgn ujian tu. ana igt lagi, wktu sek men, ana pernah hampir tersungkur, tpi sbb ada kwn yg support, ana bangkit semula. sehingga sekarang ana diuji. tpi, bila difikirkan balik, x patut ana mengeluh. ujian2 yg ana lalui semua ni, semuanya sbb sygnya Allah pada ana.


mana x nya. Allah hidupkn ana dlm kluarga tarbiyyah sbb nk JAGA ana start dri kecik lgi, Allah tetapkn ana kesekolah asrama sbb nk DIDIK ana wlpun ana berkeras x nk sbb dh biasa dgn girls school. Allah hadirkan ujian yg mcm2 masa kt sbp dulu sbb nk tgk sejauh mana ana KUAT n INGAT padaNya. Allah hadirkan pula ujian kt kolej ni, ujian yg sgt berat, sbb Dia nk tgk sejauh mana ana BERSYUKUR dengan nikmat n ujianNya.


 Pantaskah ana mengeluh?


“Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (34:13)

ana malu denganNya..

ana sgt bersyukur dpt masuk kolej ni. Ana betul2 rasa ditarbiyyah oleh Allah sejak duk kolej ni. ana dh mula fhm erti tarbiyyah yg sbnr. ana dh rasa bertanggungjwp utk menjadi abid n khalifah Allah, ana dh kenal jenis2 mad'u,cara2 nk approach n yg paling penting ana dh rasa Allah tu sgt dkt dgn ana. alhamdulillah.

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku sentiasa dekat.."
(2:186)

 Osem kan Allah?! :)

Alhamdulillah ^^...



p/s: asif, ayt tunggang langgang, ana mmg bkn penulis blog yg professional..
hmm..x tahu bila plk akan tulis dlm ni..
(^_^")
wallahua'lam...


Wednesday 14 March 2012

Bila ikhwah jatuh cinta...



baitul muslim


Awal pagi tadi, seorang sahabat yang cukup saya sayang, menyapa, "Ba... semalam aku jumpa seorang ustazah masa di LRT."


Dia senyum. Ustazah yang dia maksudkan bukanlah guru agama yang mengajar di sekolah pun. Kerana terma kami, golongan muda... ustazah merujuk kepada penampilan.


"Dia tak cantik pun, tapi bila aku pandang dia... hmm... sejuk hati aku.", dia menyambung.


Saya turut teruja. "Oh ye ke?"


Dia angguk. "Ba... macam mana ya nak mengorat orang macam tu?", soalnya seraya ketawa kecil. Mungkin dia bergurau.


----------------------------------------------


Pertama, saya tak pandai dalam mengorat-ngorat orang ni. Tanyalah saya, pasti anda akan hampa. Sebab kalau saya pandai, sudah tentu saya ada girlfriend. Saya tak ada, tandanya memang saya tak pandai.


Kedua, orang perempuan yang bertudung litup, memakai stokin lengan, dan berbaju longgar, saya yakin mereka bukanlah manusia yang suka untuk 'dimengorat'. Saya pasti mereka bukan golongan wanita yang suka jika orang lelaki tersengih-sengih menggoda mereka.


Ketiga, kalaulah saya reti mengorat orang perempuan, adakah ini bermakna saya perlu mengajar orang cara nak mengorat? Tidak juga. Perlu buat kira-kira dulu. Saya tak mahu wanita-wanita yang 'baik-baik' ini jadi kurang baik. Bukan semua lelaki ikhlas nak berkenalan dengan wanita, walaupun wanita itu baik-baik. Tapi kalau lelaki itu memang betul tak mahu main-main, tak salahkan kalau kita jadi orang tengah?


Keempat, saya memang sejak dahulu memandang tinggi kepada wanita yang menutup aurat mereka dengan sempurna ini. Bila terserempak pun, saya akan jadi terlalu malu dengan mereka. Malu dengan solehahnya penampilan mereka.


Kelima, kerana saya memandang tinggi pada mereka, seharusnya mereka jangan menghampakan orang-orang yang memandang tinggi kepada mereka. Sekali, bila ada desas-desus yang mengatakan seorang saudari, junior saya, terjebak dengan virus pink (kantoi berdating), saya jadi hampa. Saya tak kenal siapa gerangan gadis itu, tetapi menurut cerita orang... dia seorang yang cukup menjaga aurat, selalu ke majlis agama, dan mengikuti usrah. Malangnya, dia bercouple dan berdating. Bila gadis gaya ustazah begitu pun ada dating-dating, walaupun hanya di kedai makan, saya jadi hampa. Saya harap cerita tu tak sahih- hanya persangkaan. Kalau saya jadi murabbi dia, memang kena 'basuh' dah. (Mujurlah anak buah saya sekarang tak terkena virus pink).


Keenam, memang dalam pemilihan isteri, salah satu ciri yang harus kita cari ialah cantik. Tetapi, cantik itu pun perlu diperincikan juga. Bagaimana cantik itu? Cantik yang sebenar ialah bila kita memandangnya, sejuk mata dan hati kita. Kat bumi ni, ramai perempuan yang cantik-cantik. Gebu dan putih lagi. Tapi adakah cantik begitu dapat menitipkan ketenangan dalam hati kita? Kerana perkahwinan, bukannya untuk sehari dua... maka aspek 'sedap mata dan hati bila memandang' juga perlu dititik beratkan. Tapi semua itu jelas berlaku selepas kita yakin dengan keelokan agamanya.


Ketujuh, kalau rasa umur baru 21 tahun nak masuk 22 tahun, masih belajar dan belum berpendapatan tetap, mengapa mahu mengorat perempuan? Mahu membuka pintu kepada couple, seperti orang-orang lainkah? Couple bukan budaya orang islam, sedang orang mengaku islam wajib ada identiti muslimnya.


Kelapan, kalau rasa seram sejuk... takut dan bimbang hati kita cepat sangat terpaut kepada orang, jadi buat apa kita memandang-mandang? Bukankah dari mata turun ke hati, maka jika bukan mata yang mula-mula jatuh suka, bagaimana hati boleh jatuh suka? Suka saya ingatkan kisah Fadl bin Abbas (sepupu Rasulullah, dan juga abang kepada Abdullah bin Abbas) yang memandang kepada jemaah wanita yang mengerjakan haji. Dia memandang sampai terteleng kepalanya, lalu Rasulullah menolak wajahnya. "Jagalah pandanganmu, nescaya kamu akan mendapati kemanisan beribadah." Cerita ini unik, kerana Rasulullah bukan menghalang dia memandang kepada orang buka aurat, tetapi memandang kepada orang perempuan yang sedang mengerjakan haji. Tahu bagaimana pakaian orang perempuan yang sedang dalam ibadah haji? Jika tak tahu, boleh google gambar tu. Betapa orang yang begitu sempurna dia menutup aurat pun, Rasulullah halang kita daripada sembarangan memandang... inikan pula orang yang pakainya tak sesempurna jemaah haji wanita.


Kesembilan dan kesepuluh, kalau dah rasa diri tu memang suka sangat dengan perempuan tu (dalam keadaan diri langsung tak kenal siapa dirinya), maka berdoalah kepada Allah agar Allah pusing-pusingkan suratan takdir, dengan memberikan beberapa pertemuan lagi yang diakhiri dengan pernikahan. Macam cerita novel juga. Bukankah orang yang haram disentuh dengan tangan, boleh disentuh dengan doa?


Sweetnya! Buat ikhwan yang telah jatuh cinta, pesan saya... makin anda panasaran, makin wajib untuk anda dekati Tuhan!
  
Macam murabbi saya, makin nak kawin... makin dia jadi warak hingga nak ajak lepak kedai makan pun dia kata. "Ana perlu banyak bermuhasabah."

http://iqbalsyarie.blogspot.com/2012/02/bila-ikhwah-jatuh-cinta.html


meniru & menampal...
wallahua'lam...

Wednesday 1 February 2012

All Praises To Allah..=)


Allahu Ghayatuna :)

just've met Shiekh Mahmoud Ezzat & Shiekh Juma'ah Amin, Naib Murshid Am IM, few days back...alhamdulillah, from their talks, i am now aware of what Tarbiyyah actually is, how important Tarbiyyah is and most importantly, Tarbiyyah in me..^^

wallahua'lam...

Saturday 21 January 2012

La Tahzan..InnAllaha Ma'ana...



He's with you, He'll always be with you, just keep on loving Him, and never stop having faith in Him.


*tiba2 teringat quote ni yg digantung dlm kelas ana,4 ihsan, masa ana form 4 dulu...*


wallahua'lam

Tuesday 17 January 2012

Jalan Dakwah; Jalan MenujuMu..



Guide us to the Straight Way. (QS 1:6)



guide me Allah, for i'm so lost right now.. 
wallahua'lam..