Saturday 31 December 2011

Kal Ho Na Ho.....

sebelum mata terlena

Sebelum mata terlena 
Di buaian malam gelita 
Tafakurku di pembaringan 
Mengenangkan nasib diri 

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa 
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti 
Membawa dosa yang menggunung tinggi 
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu 

Agar terlerai kesangsian hati ini 
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini 

Sebelum mata terlena 
Dengarlah rintihan hati ini 
Tuhan beratnya dosa ku 
Tak daya ku pikul sendiri 

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu 
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu 
Andainya esok bukan milik ku lagi 
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi 

Sebnelum berangkat ke daerah sana 
Lepaskan beban ini 
Yang mencengkam jiwa dan raga ku 

Selimut diri ku 
Dengan sutra kasih sayang Mu 
Agar lena nanti ku mimpikan 
Syurga yang indah abadi 

Pabila ku terjaga 
Dapat lagi ku rasai 
Betapa harumnya 
Wangian syurga firdausi oh Ilahi 

Disepertiga malam 
Sujud ku menghambakan diri 
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu






just deactivated fb...
wallahua'lam...

Wednesday 28 December 2011

.Saratkan Hati Ini Dgn Cinta Hakiki.

~atas nama cinta~


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya


"Cinta sesama manusia itu adalah fitrah kerana memang Hawa diciptakan daripada Adam dan keduanya saling memerlukan. Allah jadikan Adam dan Hawa cenderung antara satu sama lain kerana itulah fitrah cinta. Awak perlu faham bahawa saya bercakap tentang cinta dalam konteks kita yang masih belajar dan cinta Allah menuntut kita supaya cinta pada ilmu dan tanggungjawab lebih daripada cinta pada lelaki. Kita masih belum bergelar isteri, so tak perlu lagi ada cinta lelaki dalam diri. Cinta pada lelaki hanya khusus dan istimewa untuk lelaki bernama suami sahaja. Andainya kita dah saling menyukai dengan seseorang, tahanlah dulu perasaan tu untuk situasi masih belum bersedia seperti sekarang ni. Bergantunglah harapan itu pada Allah. Luahkanlah rasa cinta apabila kita dah betul-betul bersedia untuk walimah. Barulah banyak pintu syaitan tertutup. Sucinya cinta kita kalau dijaga sedemikian rapi kerana tiada unsur kelalaian dari cinta Allah. Inilah sebenarnya cinta kerana Allah. Moga-moga Allah anugerahkan pula seorang lelaki yang turut dicintai-Nya. Lelaki yang mampu membimbing kita yang lemah ni ke jalan yang lebih Allah redhai dan mampu mengemudi bahtera rumahtangga menuju ke negeri abadi,”
-Khazinatul Asrar,Seindah Mawar Berduri


hmm...
wallahua'lam.



Tuesday 13 December 2011

hati=taman??

erm.....apa sebenarnya maksud dlm hati ada taman??


pakcik google translate kata dlm hati ada tmn --> 'the heart is garden'


adakah dia maksudkn yg ini?




ya!!! ana tahu...pastinya yg ni!
 ^_^" ???

salah eh?? k la..jom tanya Allah!

Firman Allah :
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya,” (Qaf: 16)
oo...
Dalam hati kita mesti ada taman
Baru hati kita akan tenang,
Bukan taman larangan
Tapi taman yang sentiasa inginkan kedamaian, 
Biarlah taman di hati kita taman yang dipenuhi Nur Islam






ni baru betul!

feel free to read






Taman Hati

Album : Denting Hati
Munsyid : Denting Hati
http://liriknasyid.com




Inilah hati, Taman Illahi
Tempat mengadu setiap insan
Tambatan jiwa, Pelipur Lara
Mahligai Allah Menemui Hamba-Nya


Disaat gundah gulana hati
Sebut nama-Nya tentramlah jiwa
Allah kan murka bila hamba-Nya
Memagar hati bermaksiat pada-Nya


Aduhai malangnya bila kita tak kuasa
mengenal sifatnya selalu berubah-ubah
Bila saja kita dapat telusurinya
Pastilah Allah akan menolongnya


Duhai hati, taman Illahi
Tempat hamba mengadu sedih
Malang hati pastikan mati
Bila tak jua dikunjungi




'Ujian itu ibarat mendung yang hadir bersamanya hujan. Qalbi(hati ) pula ibarat taman bunga yang indah dihati kita. Tatkala sang mentari memancarkan sinarnya, bunga-bunga kelihatan ceria. Namun, sekiranya berlanjutan tanpa sedikit pun air, maka akan layulah bunga. Oleh itu, hadirnya mendung boleh menyuburkan bunga-bunga tersebut. Selepas mendung menamatkan tugasnya, Allah SWT turunkan pula hujan dan hiaskan taman kita dengan pelangi yang indah nan bersemi.' - iluvislam.com




now i understand, thnks Allah!




wallahua'lam ....






*serious ana x pndai menulis blog, jdi semuanya right click 'copy' dan right click 'paste'..asif..:)

Sunday 27 November 2011

Memerlukan pujukanMu :(





entah knp..tiba2 rasa nk post something pagi ni..mungkin sbb x dpt tidur..




kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan?
Itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita  taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa. 


sygnya Allah pada kita, sejauh mna sayang kita padaNya?




Ibnu Atha'ullah Askandari berkata: "Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat, maka dia membuka ruang seluas-luasnya untuk nikmat berkenaan hilang daripadanya. Sedangkan sesiapa bersyukur, maka (bermakna) dia mengukuhkan lagi ikatan kekalnya nikmat berkenaan kepada dirinya. Dan sesiapa yang tidak mempedulikan nikmat Allah yang diperolehinya, maka dia akan menghargainya apabila nikmat itu (telah) hilang daripadanya."


"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. An-Nahl: 18)


"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (QS. Ibrahim: 7)


“Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).” (Ibrahim:32-34)

"Sesungguhnya Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." (QS. al-Baqarah: 243)

“Dan sedikit sekali daripada hamba-Ku yang tahu berterima kasih (bersyukur).” (QS. Saba': 13)

Ya Allah...masukkanlah aku dlm golongan yg sikit..

muhasabah cinta
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...


Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu







...wallahua'lam...

Friday 30 September 2011

Hati ini....


Ya Allah...jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..
 Ya Muhaimin ...jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana ...jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati ...jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah ...jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
Ya Allah...jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…
Ya Allah ...jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu
Amin….

Thursday 19 May 2011

Semua Kerana Guru =)

alhamdulillah...segalanya berjalan dgn lancar...pagi tdi..kami2 (me, hanani, zulaika, awanis, anis, huda, rabiatul, rafiquah, syuhada salleh, atikah md nor -10 org) pergi sekolah tuk berjumpa dgn guru2 sebelum masing2 bawa haluan ke uni dan matrik...kami sebenarnya mewakili rakan2 yg x dpt dtg tuk berjumpa dgn guru2 sempena hari guru tahun ni...sedih sbnrnya bila ada guru2 yg berkecil hati dgn pelajar perempuan ex-student  spm tahun lps sbb x dtg masa hari guru hari isnin yg lepas..jadi..utk mengubat hati guru2..smpai lah kami  ke sini hari ini...

lebih kurang pukul 10.45pagi kami semua smpai sana...sebelum pergi bilik guru, kmi singgah dulu kt bilik kaunseling..jmp cikgu liza, cikgu asmah dan cikgu jayyid..masa tgh sembang2...tiba2 ada sorang nazir masuk (ya..masa tu sekolah sedang dipantau oleh bbrp org nazir).cikgu jayyid pn prknlkn kmi...lps tu nazir tu tny kmi "apa perasaan kamu semua dh kluar sekolah ni"..kami dh agak apa yg kami akn jawap mesti dicatit...hehe...jdi kmi pn jwp dgn positif yg mungkin...=)

 di pejabat...ada kwn perlukan cop dan tndatangan madam bibi...

seronok dpt berjumpa dgn guru2..especially madam hajar yg layan kmi sepenuhnya masa kmi disana tdi...smpai postpone 5 minit dri masuk kelas beliau tuk sembang dgn kmi..

inilah hadiah kmi yg x seberapa...kami x buat smbutan besar2an sbb;
1. ramai cikgu yg x mai sekolah sbb ada hal sekolah kt luar
2. ramai cikgu yg jaga exam student..hari ni form 3. form4 & form 5 exam..
3. ramai cikgu yg kena gnti kelas cikgu2 yg x mai sekolah
4. ramai cikgu yg terlibat dgn nazir yg mai

sbb ramai cikgu yg x dak kt bilik guru..jadi kmi pn serahkan hadiah kt cikgu rosmini yg wakil guru2 lain..kek  x beli sbb budget x cukup (bayangkn kmi2 yg 10 tu nk cover harga hadiah dan kek)..jdi sbgai gnti kek..sorang kwn beli 3 paket coklat daim dri langkawi..sedih x dpt jmp ramai cikgu..tpi kami seronok sbb cikgu2 gembira dgn kedatangan kmi terutama mentor kesayangan kami, cikgu rosmini..cikgu gembira sgt tdi..=')....lgipun..inilah tujuan utama kami dtg pn..utk menggembirakan hati guru2..=)

 kelas 5 ihsan (promosi kelas)..saja amik gmbr...ternyata bnyk perubahan dh berlaku..

 form 5 dan form 3 sudah mula exam pertengahan tahun selaras SBP masa...tpi hari ini adalah last day depa..



















syukur alhamdulillah...lebih kurang pukul 1 kami pn balik...tpi bkn balik ke rumah masing2 tpi balik ke pawagam alor star...apa lagi..NUR KASIH THE MOVIE la...tpi saya x pergi sbb dpt 'lampu merah' dari ayah saya..=(..sedih..tpi mungkin ayh saya tahu apa yg terbaik tuk saya..=)
masa tgh tunggu ayh kt kantin...saya ternampak sbuah geng..suma lelaki..lebih kurang ada 25 org..jalan menuju ke kantin...dpa tu ex-student SPM 2009..x tahu la dtg buat apa..melawat jgk kot..jdi saya pn melangkah laju pergi ke bilik kaunseling..takutttt..hehe..

lbh kurang pkl 1.30..ayh smpai sekolah..ayh kata "nk bwk odyssey x?"...saya pn angguk laju2..=)
smpai je kt umah..ayah suruh masuk kereta dlm pagar...sbb x dak pengalaman lgi...try la...dan cuba teka apa jdi??
tepi kereta terseret kt pagar....habis calar kereta...cat terkeluar...teruk gk..hehe...kena marah se round dgn ayah...=)
jdi..itulah dia apa yg berlaku hari ni...seronok sgt dpt jmp kwn2 dan guru2..semoga Allah memberkati segala perancangan kami hari ini...insyaAllah...

~sebiru hari ini =)~


Saturday 14 May 2011

entry lesenku

Sedih...entry lesen hilang masa blog dlm maintainence...





























*kecewa


nampak gayanya inilah post yg kedua...
hmm...sabo je la....

Saturday 7 May 2011