Wednesday 28 December 2011

.Saratkan Hati Ini Dgn Cinta Hakiki.

~atas nama cinta~


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya


"Cinta sesama manusia itu adalah fitrah kerana memang Hawa diciptakan daripada Adam dan keduanya saling memerlukan. Allah jadikan Adam dan Hawa cenderung antara satu sama lain kerana itulah fitrah cinta. Awak perlu faham bahawa saya bercakap tentang cinta dalam konteks kita yang masih belajar dan cinta Allah menuntut kita supaya cinta pada ilmu dan tanggungjawab lebih daripada cinta pada lelaki. Kita masih belum bergelar isteri, so tak perlu lagi ada cinta lelaki dalam diri. Cinta pada lelaki hanya khusus dan istimewa untuk lelaki bernama suami sahaja. Andainya kita dah saling menyukai dengan seseorang, tahanlah dulu perasaan tu untuk situasi masih belum bersedia seperti sekarang ni. Bergantunglah harapan itu pada Allah. Luahkanlah rasa cinta apabila kita dah betul-betul bersedia untuk walimah. Barulah banyak pintu syaitan tertutup. Sucinya cinta kita kalau dijaga sedemikian rapi kerana tiada unsur kelalaian dari cinta Allah. Inilah sebenarnya cinta kerana Allah. Moga-moga Allah anugerahkan pula seorang lelaki yang turut dicintai-Nya. Lelaki yang mampu membimbing kita yang lemah ni ke jalan yang lebih Allah redhai dan mampu mengemudi bahtera rumahtangga menuju ke negeri abadi,”
-Khazinatul Asrar,Seindah Mawar Berduri


hmm...
wallahua'lam.



No comments:

Post a Comment